fbpx
Wan Rosdy ketika ditemui pemberita pada Majlis Hi-Tea Program Jaminan Kerjaya di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

BN yakin tawan Sabah berdasarkan kekuatan jentera – Wan Rosdy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Barisan Nasional (BN) yakin dapat menawan Sabah dan membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 nanti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keyakinan itu disandarkan atas persiapan jentera yang tersusun serta kredibiliti calon yang diketengahkan di 45 kerusi dipertandingkan.

Beliau berkata, keyakinan turut disokong oleh komitmen tinggi jentera parti di peringkat akar umbi serta penerimaan positif rakyat Sabah terhadap calon BN.

“Kami tampilkan persiapan jentera dan barisan calon yang kuat. Insya-Allah BN akan mencapai kejayaan. Kami dapati 45 kerusi itu sudah memadai untuk membentuk kerajaan negeri. Malah penerimaan rakyat terhadap calon-calon kita juga begitu baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pada Majlis Hi-Tea Program Jaminan Kerjaya anjuran Yayasan Pahang, di sini hari ini.

Katanya, BN menyasarkan sekurang-kurangnya memperolehi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan di Sabah.

BN Sabah mempertaruhkan 45 kerusi pada PRN17 sekali gus mengukuhkan semula pengaruh politiknya di peringkat negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI