fbpx
Gambar hiasan.

Banjir: Jumlah mangsa meningkat 16,177, 106 PPS dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Mangsa banjir di tujuh negeri terus meningkat apabila merekodkan seramai 16,177 orang daripada 5,557 keluarga yang ditempatkan di 106 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 10 malam ini.

Menerusi laman web Info Bencana JKM, negeri terjejas adalah Selangor, Kelantan, Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang, dan Terengganu.

Jumlah mangsa tertinggi direkodkan di Kelantan dengan 40 PPS dibuka melibatkan 9,941 mangsa daripada 3,624 keluarga di daerah Tumpat, Bachok, Kota Baharu dan Pasir Puteh.

“Perak pula merekodkan 2,100 mangsa daripada 652 keluarga yang ditempatkan di 24 PPS.

“Di Selangor, seramai 1,954 mangsa daripada 552 keluarga terjejas melibatkan daerah Kuala Selangor, Shah Alam, Klang, Hulu Langat dan Sabak Bernam,” katanya.

Di Perlis, seramai 1,005 mangsa daripada 336 keluarga terjejas di tiga daerah, manakala Kedah pula mencatatkan 701 mangsa daripada 254 keluarga.

“Seramai 378 mangsa daripada 101 keluarga terjejas di Pulau Pinang, manakala di Terengganu pula, bilangan mangsa adalah seramai 105 orang daripada 401 keluarga.

“Sarawak pula merekodkan seramai 32 mangsa daripada tujuh keluarga. Di Kuala Lumpur sebuah PPS dibuka namun tiada mangsa ditempatkan di pusat berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI