SEBERANG PERAI – Pusat pemindahan sementara (PPS) di empat lokasi di daerah ini mencatatkan peningkatan jumlah mangsa kepada 104 keluarga, setakat petang ini.
Menurut laman web info bencana JKM, seramai 388 mangsa kini ditempatkan di PPS Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah.
“Setakat pukul 5.26 petang tadi, seramai 338 mangsa ditempatkan di tiga PPS di Seberang Perai Utara iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pasir, SK Lahar Yooi dan PPS Desa Puri.
“Di Seberang Perai Tengah pula, seramai seramai 50 keluarga terdiri 11 mangsa telah dipindahkan ke PPS SK Permatang Pasir,” katanya di sini.
Mengikut pecahan jumlah tersebut, seramai 128 lelaki dewasa, 121 perempuan dewasa, 73 kanak-kanak lelaki, 60 kanak-kanak perempuan serta enam bayi berada di PPS berkenaan, ketika ini. -KOSMO! ONLINE















