fbpx
Sebuah rumah penduduk yang dinaiki air di Beruas semalam. - Foto AZMAN NOH

900 mangsa berlindung di 16 PPS di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Mangsa banjir di negeri ini mencecah 900 orang melibatkan 290 keluarga dari empat daerah setakat pukul 8 pagi.

Jurucakap Jawatankuasa Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, kesemua mangsa ditempatkan di 16 buah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka sejak semalam.

“Daerah Perak Tengah merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 433 penduduk (143 keluarga) yang ditempatkan di empat buah PPS, diikuti Manjung iaitu 429 mangsa (136 keluarga) yang dipindahkan ke 10 PPS.

“Larut, Matang dan Selama pula merekodkan 36 mangsa daripada 10 keluarga. Mereka ditempatkan di sebuah PPS,” katanya di sini hari ini.

Daerah Batang Padang pula merekodkan tiga mangsa dari sebuah keluarga yang berlindung di sebuah PPS. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI