Gelombang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini mencetuskan banyak elemen kejutan dengan kemunculan banyak parti-parti lokal termasuk dari Sarawak. Tidak cukup dengan itu, penyertaan 74 calon yang bertanding atas tiket Bebas turut menarik perhatian, dengan persoalan adakah PRN Sabah ini ‘lubuk’ untuk mendapat gelaran Yang Berhormat (YB). 74 calon Bebas itu bukan angka yang kecil, sebaliknya mereka menjadi kumpulan terbesar daripada keseluruhan 596 calon yang bertanding. Pada PRN Sabah 2020, seramai 56 calon Bebas mencuba nasib daripada keseluruhan 447…














