SEJAK ditubuhkan pada 30 tahun lalu, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) dianggap sebagai satu kebanggaan negara kerana menjadi pengeluar motosikal nasional pertama di Malaysia. Kriss merupakan model paling ikonik daripada Modenas dan menjadi pilihan ramai. Kini, Modenas terus melakar sejarah tersendiri dengan melancarkan model Z15GT untuk segmen supermoped. Ia menjadi supermoped pertama yang dibangunkan sepenuhnya oleh anak tempatan. Pembangunan Z15GT merupakan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalaman yang diketuai sepenuhnya oleh rakyat Malaysia disokong oleh kerjasama teknikal Modenas……














