fbpx
Antara perkongsian rakyat Malaysia yang terpaksa meredah banjir untuk keluar dari bandar Hatyai hari ini.

[VIDEO] Rakyat Malaysia redah banjir keluar dari Hatyai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebahagian rakyat Malaysia yang terperangkap akibat banjir di bandar Hatyai, Thailand sejak kelmarin mula mengambil risiko meredah air banjir bagi keluar dari kawasan terjejas hari ini.

Menerusi hantaran di Threads, Syafiqah Syameera berkongsi pengalaman pahit manisnya menunggu pengangkutan untuk ke Dannok dengan kos sekitar RM40 (300 baht) seorang.

“Sikit lagi…sikit lagi,” katanya.

Seorang lagi rakyat Malaysia, Watie Yaacob memohon doa orang ramai agar dia dan beberapa individu lain selamat sampai di sempadan negara ketika cuba keluar dari hotel mereka yang terletak di kawasan terjejas banjir.

“Kami nak keluar minta bantuan lagi untuk keluar dari hotel. Doakan kami selamat meredah banjir sekarang,” katanya menerusi perkongsian di TikTok.

Husna pula memaklumkan ketika ini dia dan keluarga dalam perjalanan keluar dari kawasan Hatyai dengan menaiki kenderaan sendiri meskipun perlu meredah banjir dan kawasan berisiko.

“Kami cuba nasib keluar dari Hatyai. Bertawakal kami meredah air yang deras. Nasib kereta kami lepas,” katanya.

Bagi Hapikah pula, dia yang sebelum ini terperangkap di Sakura Budget turut menceritakan detik cemas ketika keluar dari Hatyai setelah air sedikit surut.

Katanya, kawasan Thung Lung antara lokasi paling terjejas dengan arus banjir yang kuat sehingga menggoyangkan keretanya.

“Kereta pun masuk air. Alhamdulillah, 11.30 pagi tadi kami dah selamat sampai Bukit Kayu Hitam,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN