fbpx
Tangkap layar insiden pergaduhan di luar Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi tular di media sosial sejak malam tadi.

[VIDEO] Gaduh Stadium Paroi: Polis belum terima laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Tulis sebuah klip video memaparkan insiden pergaduhan di luar Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di media sosial sejak malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Kedidi menghala ke lampu isyarat simpang empat Jalan Kuala Pilah sekitar pukul 8.15 malam.

Difahamkan, pergaduhan tercetus ketika penyokong Ultra Terengganu yang menaiki sebuah bas dan dua van sedang dalam perjalanan pulang selepas selesai perlawanan.

Sumber memaklumkan berlaku provokasi antara dua kumpulan penyokong ketika melalui laluan berkenaan sebelum berlakunya insiden pergaduhan.

Pada masa sama, semua anggota unit (KOR) sedang menjalankan tugasan kawalan di kawasan bilik pemain dan parkir bas penyokong Terengganu berhampiran Hotel Paradian ketika kejadian berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Azahar Abdul Rahim ketika dihubungi memaklumkan tiada laporan polis berkaitan insiden tersebut diterima setakat ini.

Semalam tular insiden pergaduhan di luar Stadium Paroi selepas selesai perlawanan Liga Super antara pasukan Negeri Sembilan (NSFC) dan Terengganu FC yang berakhir keputusan seri 1-1.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN