fbpx
Tangkap layar perkongsian Kaii Ezam mengenai keadaan banjir di Haytai setakat 8 pagi tadi.

[VIDEO] Banjir di Hatyai mula surut, hujan tidak kerap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kelegaan mula dirasai rakyat Malaysia yang berada di Hatyai apabila paras air banjir di bandar pelancongan itu dilaporkan semakin menurun sejak awal pagi tadi.

Seorang rakyat Malaysia, Kaii Ezam yang sedang bercuti di Hatyai berkata, setakat pukul 8 pagi tadi, keadaan hujan di sana sudah tidak sekerap semalam dan hanya berlaku secara renyai.

“Perkembangan hari kedua, hari ini 23 November, pukul 8 pagi waktu Hatyai. Alhamdulillah hujan dah tak kerap macam semalam. Masih hujan tapi sekejap-sekejap.

“Keadaan air masih tinggi, tetapi nampak mula surut. Kalau semalam kereta itu dah tenggelam habis, hari ini dah nampak surut. Air banjir nampak bergerak dengan laj,” kongsinya menerusi video yang dimuat naik di TikTok hari ini.

Kaii Ezam turut berharap keadaan banjir di Hatyai akan segera pulih dan para pelancong yang masih terperangkap di hotel dapat segera pulang.

“Harapnya cepat lah surut,” katanya.

Sementara itu, di ruangan komen, beberapa penduduk tempatan turut memaklumkan bahawa pihak berkuasa Thailand meningkatkan rondaan bagi memastikan keselamatan orang ramai selain menyediakan bot penyelamat di kawasan yang masih dinaiki air.

“Cuaca lebih tenang hari ini. Kalau tak hujan lebat dalam masa terdekat, mungkin sehari dua lagi keadaan kembali normal. Pihak kerajaan kami (Thailand) juga sentiasa tingkatkan rondaan di kawasan terjejas,” kata Somchai.

Banjir kilat yang melanda Hatyai sejak kelmarin berlaku akibat hujan lebat berterusan, menyebabkan beberapa kawasan pelancongan utama terjejas dan laluan ditutup sementara. – KOSMO! ONLINE

@kaii_ezam Update terkini Banjir HatYai | 23/11/2025 #hatyai #hatyaithailand🇹🇭 ♬ original sound – Kaii Ezam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI