fbpx
TANG JIE-Ee Wei mara ke final ketiga musim ini selepas menewaskan pasangan Thailand di separuh akhir Terbuka Australia semalam.

Tang Jie-Ee Wei jadi wakil tunggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEREGU campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terus menjadi sandaran negara apabila menjadi wakil tunggal Malaysia melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Australia di Sydney.

Gandingan juara dunia itu memastikan kemaraan ke pentas final hari ini selepas mencatat kemenangan straight set 21-16, 21-14 ke atas beregu Thailand, Pakkapon Teeraratsakul-Sapsiree Taerattanchai di separuh akhir.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Sydney Boulevard semalam, Tang Jie-Ee Wei mempamerkan aksi cukup baik walaupun cuba diberi tentangan sengit oleh beregu No. 65 dunia berkenaan.

Turun sebagai pilihan utama kejohanan, gandingan negara turut berdepan beberapa detik cemas sepanjang perlawanan itu, terutamanya ketika pemain lawan bangkit daripada ketinggalan 3-12 untuk menyamakan kedudukan 13-13 di set kedua.

Bagaimanapun, Tang Jie-Ee Wei berjaya mendapatkan semula fokus sebelum mengutip mata demi mata, seterusnya memastikan kemenangan muktamad dalam tempoh 50 minit dan mara ke perlawanan akhir.

Sebagai rekod, Terbuka Australia merupakan final ketiga buat Tang Jie-Ee Wei bagi kempen 2025 selepas mereka turut melakukannya ketika menjadi juara Kejohanan Dunia Ogos lalu serta naib juara China Masters pada September.

Dalam pada itu, kejohanan Jelajah Dunia Super 500 itu juga merupakan penampilan pertama buat mereka sejak kali terakhir beraksi di Terbuka Perancis bulan lalu kerana terpaksa berehat akibat kecederaan bahu dialami Tang Jie.

Gandingan No.4 dunia itu menjadi satu-satunya wakil negara yang beraksi di perlawanan akhir hari ini selepas beregu lelaki profesional, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terkandas di separuh akhir.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI