KOTA KINABALU – Bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal melakukan sendiri demonstrasi menampal jalan berlubang menggunakan BioAsphalt, satu teknologi aspal sejuk generasi baharu yang disahkan di Amerika Syarikat.
Demonstrasi itu dibuat di Golden Plaza baru-baru ini menggunakan BioAsphalt yang diaktifkan dengan air dan hanya memerlukan alatan asas bagi menutup lubang yang kemudian boleh dilalui kenderaan dalam beberapa minit.
Teknologi itu katanya boleh digunakan sebagai pilihan segera dan praktikal untuk menangani krisis jalan berlubang yang semakin meruncing di Sabah.
Presiden Parti Warisan itu berkata dalam tempoh enam bulan lalu, Warisan meneliti beberapa penyelesaian yang praktikal dan berpatutan bagi mengatasi jalan berlubang dan mendapati BioAsphalt sebagai teknologi yang mampu memberikan kelegaan segera tanpa kos yang tinggi.
“Jalan berlubang di Sabah sudah menjadi isu hidup dan mati. Kita tidak boleh menunggu tragedi seterusnya. BioAsphalt ialah penyelesaian yang boleh digunakan segera tanpa proses perolehan panjang atau jentera mahal,” katanya.
Beliau berkata, BioAsphalt boleh dihasilkan di Sabah melalui penukaran biomass kelapa sawit dan sisa organik lain kepada biochar berkualiti tinggi, iaitu bahan negatif karbon yang menjadi asas campuran.
“Produk ini tidak memerlukan haba, tidak menggunakan pelarut dan tidak berbau, sekali gus lebih selamat untuk pekerja serta boleh dipasang dengan cepat.
“Ia dibekalkan dalam beg 20 kilogram, memudahkan penggunaan di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan potensi eksport ke luar Sabah.
“Teknologi ini disokong penyelidikan bertahun-tahun bersama National Center for Asphalt Technology (NCAT) di Auburn, salah satu pusat autoriti jalan raya terkemuka dunia,” katanya.
Selain Shafie yang juga calon Warisan bagi kerusi DUN Senallang turut menyaksikan demonstrasi itu ialah Timbalan Presiden Warisan, Datuk Darell Leiking dan Naib Presiden Warisan, Terrence Siambun.
Katanya, demonstrasi itu menandakan kesediaan Warisan dalam melaksanakan penyelesaian itu di seluruh negeri apabila diberi mandat nanti.
Beliau berkata, BioAsphalt membuka laluan kepada jalan yang lebih selamat, kos penyelenggaraan yang lebih rendah dan industri berorientasikan iklim yang positif untuk Sabah. – KOSMO! ONLINE
Shafie buat demonstrasi teknologi BioAsphalt selesai jalan berlubang di Sabah
- Oleh IVAN AMIRUL
- 23 November 2025, 1:58 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

Mohon ampun dan maaf, saya juga maafkan semua – Janna Nick
26 Januari 2026, 8:33 pm

Datuk 70 tahun bawa ibu tunggal 40 tahun kahwin lari
26 Januari 2026, 8:00 pm

Rundingan sempadan Malaysia–Indonesia belum muktamad
26 Januari 2026, 7:49 pm

3 pemandu lori tangki kebas diesel, ganti air
26 Januari 2026, 7:30 pm

Burwood perkukuh penawaran kediaman di 16 Sierra
26 Januari 2026, 7:11 pm

Penduduk boleh masak ayam, tangkap kucing jiran
26 Januari 2026, 7:00 pm

ESG beri manfaat perniagaan kepada PKS
26 Januari 2026, 6:12 pm

Kelibat Lisa ganggu pelajar, bimbang ada jadi mangsa
26 Januari 2026, 6:10 pm






