fbpx
Syed Saddiq bersama selebriti terkenal Bella Astillah, menjalin kerjasama strategik dengan PTTI untuk melancarkan Online Tuition Class (OTC) Matematik secara percuma.

‘Setiap pelajar berhak dapat peluang pembelajaran yang adil’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Usaha memperkasa pendidikan negara terus dipertingkatkan apabila Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan selebriti terkenal, Bella Astillah menjalin kerjasama strategik dengan PTTI untuk melancarkan Online Tuition Class (OTC) Matematik secara percuma.

Program itu ditawarkan untuk pelajar Tingkatan 4 yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026.

Dengan tema Generasi Pandai Matematik, inisiatif berskala besar ini bertujuan untuk mengukuhkan asas Matematik, meningkatkan keyakinan pelajar dan memberi peluang kepada lebih ramai pelajar mendapat akses pembelajaran berkualiti tanpa bayaran.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau Cikgu Fana berkata, inisiatif itu membuktikan komitmen PTTI untuk menyediakan akses pendidikan berkualiti secara inklusif.

“Kami percaya setiap pelajar berhak mendapat peluang pembelajaran yang adil. Dengan OTC Matematik ini, PTTI mahu membantu 20,000 pelajar (SPM 2026) bermula dari awal, membina asas yang kukuh dan memastikan mereka mampu melangkah ke SPM dengan yakin.

“PTTI komited menjadi rakan pembelajaran utama yang menyokong potensi dan kecemerlangan generasi muda,” katanya.

Syed Saddiq berkata, kerjasama tersebut adalah langkah penting bagi memastikan pendidikan berkualiti dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

“Kita mahu memastikan anak muda hari ini tidak tercicir hanya kerana kekangan kos. Pendidikan berkualiti mesti boleh diakses semua, bukan hanya mereka yang mampu. Kerjasama dengan PTTI ini adalah usaha untuk membuka lebih banyak ruang kepada pelajar mempersiapkan diri menuju masa depan yang lebih cerah.

“Saya percaya dengan persediaan awal, sokongan tepat dan guru yang berdedikasi, pelajar kita mampu menjadi generasi yang lebih yakin, mahir dan berdaya saing,” katanya.

Majlis pelancaran telah berlangsung meriah pada program Roadtour Mula Awal Straight A SPM 2026 PTTI di IDCC Shah Alam, dengan kehadiran hampir 1,000 calon SPM dari seluruh negara.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran duta rasmi PTTI, Iman Troye, yang memberikan kata-kata semangat kepada para pelajar.

Inisiatif ini terhad kepada 20,000 pelajar Batch 09 dari seluruh Malaysia. Pelajar yang berminat boleh mendaftar melalui pautan rasmi www.ptti.my. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI