fbpx
Penyerang Atalanta, Gianluca Scamacca turut menjaringkan gol pada aksi awal pagi tadi.

Serie A: ‘Magis’ taktikal Conte menjadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NAPLES – Pengendali Napoli, Antonio Conte keputusan untuk merombak taktikal menjadi apabila pasukan kembali berada di landasan kemenangan selepas menang 3-1 ke atas Atalanta dalam aksi Serie A, awal pagi tadi.

Pada perlawanan itu, Conte mengubah taktikal 3-4-3 yang digemarinya ke 3-4-2-1 sebelum pasukan berjaya melakar kemenangan hasil jaringan berganda David Neres dan satu lagi gol disumbangkan oleh Noa Lang.

Menurut Conte, keputusan itu membuahkan hasil dan menyeru agar barisan pemain menjadikan kemenangan ini sebagai batu loncatan untuk tampil lebih konsisten pada saingan musim ini.

“Saya sangat jujur dengan pemain. Saya tak berpura-pura dan saya seperti apa yang anda lihat. Kita berjaya menewaskan pasukan Atalanta yang kuat dan prestasi pasukan pada saingan kali ini wajar diberikan pujian.

“Sebenarnya kami boleh mengawal bola dengan lebih baik pada separuh masa kedua, tetapi tidak mengapa kerana lihat ada tenaga yang luar biasa sudah kembali dalam pasukan malam ini,” katanya.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN