fbpx
Perkongsian Dhia Nadia di Facebook hari ini.

‘Sanggup beratur lama, bukan selalu dapat tiket Zoo Negara percuma’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Semangat ibu bapa beratur lama menunggu giliran untuk membawa anak-anak menikmati keseronokan melihat pelbagai jenis haiwan sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia dengan tawaran tiket percuma ke Zoo Negara buat kanak-kanak.

Menurut perkongsian pengguna Facebook, Dhia Nadia, wanita itu sanggup beratur panjang bersama keluarga demi memastikan anak-anak dapat menikmati pengalaman tersebut.

“Assalamualaikum selamat pagi..Gigih bawa anak-anak pergi Zoo Negara hari ini demi dapatkan tiket percuma untuk Hari Kanak-Kanak Sedunia.

“Tapi korang (kalian) tengoklah macam mana, orangnya sangat ramai. Kita sanggup. Sebab bukan selalu nak dapat tiket free (percuma) katanya.

Terdahulu, Zoo Negara dalam satu kenyataan di media sosial memaklumkan, pihaknya menawarkan kemasukan percuma bagi kanak-kanak berumur tiga hingga 12 tahun selama dua hari bermula semalam sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia.

Tinjauan Kosmo! semalam mendapati, selain tiket percuma, pihak zoo turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan hadiah istimewa kepada pengunjung khusus buat kanak-kanak bagi memeriahkan sambutan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN