fbpx
Anggota polis mengusung Che Som selepas rumahnya di Kampung Tanjung, Takang dekat Bachok hari ini ditenggelami banjir. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

Rumah banjir, wanita terlantar diusung pindah ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Seorang wanita yang terlantar akibat menghidap ketumbuhan di dalam kepala diselamatkan oleh polis selepas rumahnya di Kampung Tanjung, Takang di sini hari ini dimasuki air sedalam 0.5 meter.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, wanita terbabit, Che Som Abdul Latif, 47, merupakan antara 500 mangsa terjejas banjir yang dihantar ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Pauh Sembilan dan SK Pak Pura, di sini sejak semalam.

Menurutnya, operasi menyelamat mangsa yang terdiri daripada pesakit terlantar dan orang kurang upaya (OKU) apabila kediaman mereka dinaiki air selepas hujan berterusan sehingga hari ini.

“Kita masih meneruskan operasi menyelamat mangsa yang terjejas dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan tentera.

“Setakat ini, operasi menyelamat dijalankan dengan kekuatan seramai 24 orang pegawai dan anggota polis yang membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad Ismail memberitahu, pihaknya menjangkakan lebih ramai mangsa yang akan dipindah di daerah ini sekiranya hujan berterusan.

Tambahnya, sehubungan itu, orang ramai perlu mengawasi pergerakan anak-anak supaya tidak bermain banjir bagi mengelakkan berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI