fbpx
Gambar hiasan.

Ribut petir di Johor, Pahang petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan negeri Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak sehingga pukul 5 petang.

“Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.

“Selain itu, seluruh negeri Selangor termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya turut terjejas dalam amaran cuaca buruk itu,” ujarnya.

Sementara itu, amaran hujan berterusan turut dikeluarkan untuk kawasan di seluruh negeri Selangor termasuk Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di Negeri Sembilan, hujan turut diramal di Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin manakala di Melaka hanya Jasin terlibat.

Seterusnya, Tangkak dan Segamat, Johor turut terlibat selain Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit (Song) dan Limbang (Limbang) di Sarawak. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI