MIRI – Seorang individu yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan rentung dalam kereta yang terbakar di Jalan Tanjung Datok Ayong Lanai di sini hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian dikatakan berlaku pada pukul 3.39 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri yang tiba di lokasi mendapati sebuah kereta Proton Satria Neo terbakar 100 peratus.
“Anggota bomba segera bertindak memadam api. Setelah api dipadamkan, pihak kami menjumpai seorang mangsa tidak diketahui jantina dan identitinya rentung di tempat duduk hadapan kereta tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, mayat mangsa rentung diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE















