SAAT paramotor perlahan-lahan terangkat ke udara, angin sepoi-sepoi menyapa wajah sementara pemandangan di bawah mula mengecil. Dalam beberapa saat sahaja, penulis terasa seolah-olah menaiki kereta terbang setinggi 500 kaki sambil menikmati panorama Pulau Carey, Selangor dari sudut yang berbeza. Hamparan ladang kelapa sawit milik Sime Darby terbentang luas, membentuk corak hijau teratur sejauh mata memandang. Dari udara, aliran Sungai Langat yang memisahkan pulau tersebut dari tanah besar jelas kelihatan, beralun tenang mengikut liku semula jadinya. Tidak jauh dari situ, padang……















