fbpx
Sebahagian kenderaan memasuki Malaysia dari Thailand di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, hari ini.

Rakyat Malaysia mula pulang dari Hatyai akibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKIT KAYU HITAM – Sebahagian rakyat Malaysia yang terkandas akibat banjir di Hatyai, Thailand mula bergerak pulang ke negara ini menerusi sempadan Malaysia-Thailand di sini, hari ini.

Tinjauan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam mendapati pergerakan kenderaan memasuki negara agak sibuk berbanding kenderaan menuju ke negara jiran yang lengang.

Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, pergerakan kenderaan ke Thailand pada hari ini didapati berkurangan secara mendadak berikutan banjir di Hatyai.

Katanya, seramai 9,950 orang direkodkan ke Thailand, manakala seramai 5,537 orang masuk ke Malaysia pada kelmarin.

“Pada semalam, jumlahnya berkurangan iaitu seramai 5,812 orang ke Thailand dan 3,884 masuk Malaysia,” ujarnya.

Menurutnya, ramai menangguhkan perjalanan dan berpatah balik sebaik mengetahui keadaan banjir di Hatyai.

“Saya menasihatkan orang ramai agar menangguhkan dahulu perjalanan ke Hatyai dalam seminggu dua ini sehingga keadaan banjir di sana pulih sepenuhnya,” jelasnya.

Sementara itu, beliau memaklumkan setakat ini tidak menerima laporan mengenai kerosakan pasport atau pas sempadan membabitkan rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI