fbpx
Keadaan banjir di Pulau Perhentian Kecil, Besut hari ini.

[VIDEO] Pulau Perhentian pula dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BESUT – Pulau Perhentian dekat sini menjadi lokasi kedua selepas Pulau Redang, Kuala Nerus yang dilanda banjir musim tengkujuh di Terengganu.

Kampung Pulau Perhentian Kecil dekat sini dinaiki air setinggi kira-kira semeter ekoran hujan lebat berterusan dan fenomena air pasang besar mulai pukul 6 pagi tadi.

Seorang penduduk, Mohd. Deraman, 68, berkata, dia dan jiran-jirannya menyedari halaman rumah mereka sudah ditenggelami banjir sewaktu bangun tidur untuk menunaikan solat subuh.

“Sudah lama Pulau Perhentian tidak banjir, kali terakhir pada tahun 2021. Kami tidak sedap hati apabila hujan lebat tidak henti-henti sejak semalam.

“Cepat-cepat kami menyelamatkan barangan dan dokumen penting yang lebih selamat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. berkata, setakat ini, dia dan penduduk Kampung Pulau Perhentian Kecil yang terjejas masih belum berpindah biarpun pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Perhentian untuk bersedia beroperasi.

Sementara itu, berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir yang ditempatkam di PPS Masjid Pulau Redang meningkat kepada 353 orang daripada 82 keluarga.

Mereka sebelum ini terjejas dengan banjir ekoran fenomena air pasang besar dan hujan lebat sejak malam kelmarin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN