CERITA fasal pelawak suka memerli jika ada perkara tidak disenangi berlaku di tempat kerja, ada Diva dengar daripada seseorang di tempat kejadian.
Benda boleh bincang tetapi selebriti terbabit terlebih sentap sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata kurang manis terhadap individu lain.
Menurut sumber, petugas terbabit hanya melakukan kerja yang diminta pihak atasan, namun pelawak itu menjadikannya pula sasaran rasa tidak puas hati.
Soal tugasan membabitkan ‘orang popular’ itu tidaklah perlu disebut, cuma kalau ada pengisian lawak dibuat perlu diubah, kena lah ubah.
Mana tahu bahan berkenaan mencetuskan sensitiviti masyarakat. Jadi adalah sebab kukuh untuk mengikut garis panduan.
Harapnya jangan cepat sentap atau menyasarkan kemarahan kepada petugas tertentu. Mereka cuba jalankan kerja mengikut peraturan.
DIVA: Ramai sahaja pelawak yang senang bagi kerjasama.














