fbpx
Pasukan penyelamat memindahkan mangsa banjir di Kulim malam tadi. - IHSAN APM

Lima kampung di Kulim dilanda banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Sekurang-kurangnya lima kampung di mukim Sungai Seluang di sini dilanda banjir sejak malam tadi dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata, lima kampung terjejas ialah Kampung Siam, Kampung Titi Tok Aris, Kampung Sarang Ayam, Kampung Padang Cina dan Kampung Paya Serdang.

“Terdapat sejumlah mangsa telah dipindahkan ke PPS Masjid Al-Muhtadin yang dibuka pada pukul 11.15 malam.
“Operasi menyelamat mangsa terperangkap di Kampung Paya Serdang juga dilakukan malam tadi,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI