fbpx
Batu-batu tersebut diambil dari Pantai Mong Rong, Pulau Co To beberapa tahun lalu. - VNExpress

Lelaki pulangkan semula batu diambil dari pulau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HANOI – Seorang pelancong menerima pujian orang ramai kerana memulangkan 14 kilogram batu yang diambil dari sebuah pulau di Vietnam beberapa tahun lalu, lapor portal berita Must Share News. 

Pelancong lelaki bernama Vu Nguyen itu memulangkan bungkusan berisi beberapa batu dan derma sebanyak 100,000 dong (RM16) kepada Jabatan Kebudayaan dan Informasi Co To, baru-baru ini. 

Nguyen berkata, batu-batu tersebut diambil dari Pantai Mong Rong di Pulau Co To antara tahun 2015 hingga 2018. 

“Saya mengambil batu-batu ini kerana ia cantik dan unik. Saya nekad memulangkannya selepas mengetahui tentang kepentingan pemuliharaan marin. 

“Saya telah merosakkan keindahan asli pulau itu. Saya meminta  maaf dan berharap agar batu-batu ini dapat diletakkan ke tempat asalnya,” kata Nguyen dalam suratnya.

Ketua Jabatan Kebudayaan dan Informasi Co To, Nyugen Hai Linh memuji lelaki tersebut sebagai contoh pelancong yang bertanggungjawab. 

Pihak berkuasa memberi amaran bahawa mengambil batu, batu karang atau hidupan laut sebagai cenderahati boleh menyebabkan kerosakan alam sekitar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN