JAKARTA – Seorang lelaki mengundang perhatian pengguna media sosial apabila menunjukkan tanaman kacang tanah gergasi di sebuah kawasan hutan Indonesia, lapor portal berita Tribunnews hari ini.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @aprilianus_fernando memaparkan lelaki terbabit mengambil buah daripada pokok kacang tanah lalu kulitnya dibelah.
Kacang tanah itu bukan sahaja menyamai saiz tapak tangan manusia, malah isinya juga besar.
Pensyarah Fakulti Biologi dari Universiti Gadjah Mada (UGM), Abdul Razaq berkata, saiz tanaman itu dipengaruhi oleh genetik dan persekitaran.
“Kacang tanah mempunyai potensi untuk tumbuh dengan lebih besar,” kata Abdul Razaq. – AGENSI















