fbpx
Ahmad Zahid (tengah) ketika menghadiri program Larian Jambatan Sultan Nazrin Shah 2025 di Dataran Bagan Datuk hari ini. - Foto AINSAFRE BIDIN

Larian Jambatan Sultan Nazrin Shah jadi acara tahunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGAN DATUK – Larian Jambatan Sultan Nazrin Shah 2025 yang berlangsung di sini hari ini akan dijadikan acara tahunan ekoran sambutan memberangsangkan diterima daripada orang ramai.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, program larian kali kedua tersebut mendapat penyertaan daripada 1,961 orang peserta dari dalam dan luar negara.

Katanya, program yang selari dengan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) itu menyaksikan penyertaan 43 orang peserta dari luar negara seperti Jepun, China, Pakistan India, Jerman, Nepal dan Maldives.

“Ia merupakan tahun kedua Larian Jambatan Sultan Nazrin Shah dilaksanakan dan Insya-Allah ia akan dijadikan acara tahunan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan pelepasan peserta Larian Jambatan Sultan Nazrin Shah 2025 di Dataran Bagan Datuk di sini.

Pada masa sama, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, semua pihak memainkan peranan dalam memastikan tahap kesihatan umum rakyat negara ini dapat ditingkatkan.

Beliau berkata, peranan itu bukan hanya terletak di bahu Kementerian Kesihatan (KKM) semata-mata tetapi turut merangkumi kerajaan negeri, wakil rakyat serta masyarkat sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN