fbpx
Filem adaptasi Melayu daripada karya Tamil popular Kaithi (2019) berjudul Banduan mencatat kutipan luar biasa RM6 juta hanya dalam tempoh dua minggu tayangan.

Kutip RM6 juta, filem Banduan terima tiga pencalonan di IIFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Fenomena! Itu sahaja yang dapat digambarkan terhadap naskhah aksi-thriller tempatan, Banduan, apabila filem adaptasi Melayu daripada karya Tamil popular Kaithi (2019) itu mencatat kutipan luar biasa RM6 juta hanya dalam tempoh dua minggu tayangan.

Filem arahan Kroll Azry dan dibintangi pelakon hebat Datuk Aaron Aziz ini turut mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi olahan semula filem Tamil Malaysia pertama yang mencapai kutipan sehebat itu.

Tidak cukup dengan kehangatan di pawagam tempatan, Banduan turut mengharumkan nama negara di peringkat global apabila menerima tiga pencalonan utama di Anugerah Akademi Filem India Antarabangsa (IIFA), iaitu:

  • Filem Antarabangsa Terbaik

  • Pelakon Lelaki Terbaik (Datuk Aaron Aziz)

  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Datuk Rosyam Nor)

Pengiktirafan berprestij itu membuktikan kehebatan garapan tempatan yang berjaya menawan hati penonton dan juri antarabangsa.

Jurucakap Number Twenty One Media, Kalyana Devan berkata, pihaknya tidak dapat menyembunyikan rasa bangga terhadap kejayaan luar biasa itu.

“Prestasi Banduan benar-benar mengejutkan. Ia hasil kerja keras seluruh pasukan dan membuktikan bahawa karya tempatan boleh berdiri megah di pentas dunia.”

Wakil Dream Warrior Pictures, Kathiravan, turut senada.

“Tiga pencalonan di IIFA merupakan satu penghormatan besar. Ia mengiktiraf kerjasama erat antara Number Twenty One Media dan Dream Warrior Pictures.”

Banduan kini terus kukuh di carta box office, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem tempatan paling berjaya tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN