fbpx
Anggota keselamatan membantu mengangkat mayat mangsa di pesisir pantai Tanjung Bungah, petang tadi. Foto IHSAN JBPM

Kru kapal terjatuh laut ditemui lemas di Pulau Keramat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang kru kapal tongkang warga Indonesia yang dilaporkan terjatuh berhampiran Pelabuhan Pulau Pinang, di sini kelmarin berjaya ditemui di kawasan Pulau Keramat, Tanjung Bungah, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, mayat Abdul Khodir, 46, ditemui nelayan yang berada di kawasan terbabit.

Katanya, mangsa yang merupakan kru kapal tongkang Cassandra 2707 itu dilaporkan terjatuh antara pukul 10 malam kelmarin hingga 2 pagi semalam.

“Operasi pencarian mangsa dikoordinasikan oleh pihak Maritim Malaysia dan mayat mangsa ditemui di Pulau Keramat oleh nelayan yang berada di lokasi pada pukul 4.45 petang.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke pesisiran pantai dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya perasi tamat sepenuhnya pada pukul 7.40 malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI