fbpx
Gambar hiasan.

Kedah, P. Pinang, Kelantan dan Perak hujan berterusan sampai Selasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya (merah) di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan sehingga Selasa ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, di Kedah, amaran itu melibatkan dua kawasan iaitu Kulim dan Bandar Baharu.

“Selain itu, hujan berterusan tahap bahaya dijangka melanda seluruh Pulau Pinang, manakala Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak.

“Keadaan sama dijangka berlaku di Kelantan membabitkan dearah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh,” katanya.

MetMalaysia berkata, amaran hujan tahap buruk pula dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis, selain Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling di Kedah.

“Cuaca sama dijangka melanda Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak serta Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai di Kelantan.

“Amaran sama juga dijangka berlaku di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun manakala di Selangor hanya di Sabak Bernam,” ujarnya.

Sementara itu, MetMalaysia memaklumkan, hujan berterusan tahap waspada sehingga esok diramal berlaku di Pahang melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh, manakala Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak di Selangor.

“Amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan di Gua Musang, Kelantan dan Kemaman, Terengganu sehingga Rabu ini,” katanya. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI