fbpx
OLISE meledak dua gol ketika membantu Bayern bangkit daripada ketinggalan untuk membenam Freiburg. - AFP

Bundesliga: Bayern bangkit catat menang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUNICH – Bayern Munich menjelmakan kebangkitan luar biasa untuk memastikan kemenangan besar 6-2 ke atas SC Freiburg pada aksi Bundesliga di Allianz Arena, kelmarin.

Pada perlawanan itu, Bayern Munich dilihat ‘terlena’ pada awal permainan hingga membenarkan SC Freiburg menghasilkan dua gol dalam tempoh 17 minit pertama, masing-masing menerusi Yuito Suzuki dan Johan Manzambi.

Permulaan negatif itu diakui sendiri oleh pemain tengah muda tuan rumah, Aleksander Pavlovic, namun menganggap jaringan pasukan lawan memberikan kejutan buat Bayern untuk bangkit menyerlahkan permainan lebih baik.

“Kami terlena dalam situasi bola mati pasukan lawan. Namun, pada akhirnya kami buktikan yang kami tidak pernah berputus asa untuk mengembalikan rentak sebenar.

“Kami mampu mengubah perlawanan ini yang pada akhirnya akan berkisar tentang keputusan. Sekarang kami akan bersiap sedia untuk hadapi Arsenal dalam saingan Liga Juara-Juara,” katanya.

Pavlovic sempat mencipta satu bantuan jaringan ketika muncul pencetus kepada jaringan keempat menerusi bintang England, Harry Kane sebelum digantikan oleh Hiroki Ito.

Michael Olise menjadi pemain tumpuan apabila meledakkan dirinya sebagai nadi utama kepada kemenangan selesa Bayern Munich kali ini dengan menyumbangkan dua gol, diikuti satu daripada Lennart Karl, Dayot Upamecano, Kane dan Nicolas Jackson. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN