fbpx
Tangkap layar video Wan Nur Asyikin bersama keluarga dan rakan keluar dari hotel yang dilanda banjir, hari ini.

[VIDEO] Banjir: ‘Susu bayi dah habis, kami naik lori ke sempadan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKIT KAYU HITAM – “Kami terpaksa keluar dari hotel dan redah banjir kerana susu bayi dah habis, alhamdulillah dah dapat lori untuk ke sempadan Padang Besar.”

Demikian kata Wan Nur Asyikin Wan Azemim, 33, wartawan dan juruhebah LangkawiFM yang terkandas di The Color Hotel, Hatyai akibat banjir besar.

Menurutnya, dia, suami dan dua anak berusia sembilan bulan dan lima tahun bersama beberapa rakan keluar dari hotel tersebut kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

“Alhamdulillah kami dah keluar dari hotel, kawasan hotel itu memang kenderaan tak boleh masuk kerana masih banjir sebab dekat sungai.

“Walaupun ada tempat lain yang surut, air masih bergenang di sekeliling hotel, jadi kami redah sahaja kerana susu untuk bayi hanya cukup dua kali bancuh sahaja lagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, mereka meredah banjir paras lutut ke jalan utama sejauh kira-kira 1.5 kilometer sebelum berlindung di Asean Night Bazaar.

“Di situ, ada penduduk Thailand beri tilam buat anak-anak tidur sementara menunggu kenderaan untuk bawa kami ke sempadan dengan bayaran 500 baht (RM65) seorang,” ujarnya.

Tambahnya, pihak konsulat ada menyalurkan bantuan makanan semalam.

“Percutian kali ini beri kenangan pahit, namun kami terimanya sebagai ujian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI