fbpx
Tangkap layar video yang memaparkan keadaan banjir di pekan Ayer Tawar, Sitiawan petang tadi.

Banjir jejas laluan Sitiawan-Pantai Remis, mangsa cecah 267 penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Beberapa kawasan di sekitar Sitiawan dan Seri Manjung, di sini turut terjejas dengan banjir yang melanda sejak petang tadi.

Beberapa rakaman video serta gambar yang tular di media sosial menunjukkan pusat bandar Seri Manjung dan kawasan sekitarnya dinaiki air dengan ada kawasan dinaiki banjir setinggi paras lutut.

Rakaman video tular juga memaparkan arus deras memutuskan laluan Sitiawan-Pantai Remis berdekatan persimpangan ke pantai peranginan Teluk Senangin sekitar pukul 5 petang tadi.

Sementara itu, jurucakap Jawatankuasa Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, mangsa banjir kini mencecah 267 orang mangsa melibatkan 86 buah keluarga.

Katanya, sebanyak enam buah pusat pemindahan sementara dibuka melibatkan tiga buah daerah iaitu Batang Padang, Perak Tengah dan Manjung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI