BAGAN DATUK – Vokalis kumpulan rock legenda Wings, Datuk Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman dilantik sebagai duta alam sekitar negeri sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2025 Peringkat Negeri Perak 2025 di Kompleks UMNO Bagan Datuk, di sini hari ini.
Lebih manis pelantikan itu sehari sebelum ulang tahun kelahirannya ke-57 bagi pelantun lagu Tragedi Oktober itu.
Menurut Awie, itu adalah satu penghargaan dan komitmen kepadanya lagi-lagi untuk memupuk dan memberikan kesedaran kepada orang ramai berhubung penjagaan alam sekitar.
Beliau menerima watikah pelantikan itu yang disampaikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Ahmad Zahid berkata, walaupun termaktub Deklarasi Langkawi Mengenai Alam Sekitar pada Oktober 1989 namun pendidikan dan kesedaran alam perlu dipertingkatkan. – KOSMO! ONLINE















