fbpx
Anwar berlepas ke Nairobi, Kenya hari ini bagi meneruskan misi Diplomasi Madani. - Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

Anwar berlepas ke Kenya, destinasi terakhir lawatan di Afrika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Nairobi, Kenya hari ini bagi meneruskan misi Diplomasi Madani sebagai destinasi terakhir siri lawatan kerjanya ke benua Afrika.

Menurut hantaran di Facebook, Anwar memaklumkan bahawa lawatan kerjanya ke Johannesburg, Afrika Selatan selesai dengan mencapai matlamat utama memperkukuh hubungan dua hala melibatkan pelbagai sektor strategik antara Malaysia dan negara itu.

Beliau berkata, kunjungan tersebut turut membuka ruang kerjasama baharu yang diyakini mampu memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat kedua-dua negara.

“Di pentas Sidang Kemuncak G20, Malaysia turut menzahirkan pendirian tegas dan berprinsip terhadap isu-isu mendesak yang menuntut keadilan, keamanan dan tindakan kolektif masyarakat antarabangsa,” katanya.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan kunjungan berkenaan termasuk pasukan kementerian, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria, petugas keselamatan serta rakan media.

Anwar dijangka meneruskan rangka kerja padat di Nairobi sebagai penutup perjalanan diplomatiknya di Afrika.

“Hambani kahle,” ujarnya.

Sementara itu, Anwar dijadual berlepas pulang ke tanah air dari Nairobi pada 24 November. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI