fbpx
Lima rakan yang selamat tiba di Bukit Kayu Hitam selepas terkandas di Hatyai sejak Jumaat lalu.

[VIDEO] ‘Alhamdulillah, syukur kami dapat pulang ke Malaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKIT KAYU HITAM – Enam rakan yang terkandas di Hatyai, Thailand sejak Jumaat lalu akibat banjir lega apabila dapat menjejakkan kaki di tanah air di sini, pagi ini.

Menurut Amir Ibrahim, 40, dia dan rakan-rakan bersiap sedia untuk pulang sejak pukul 8 pagi tadi dan keluar sebaik pihak bomba Thailand membenarkan kenderaan melalui jalan di situ.

“Kami ambil inisiatif cepat keluar, hubungi pikap untuk bawa kami keluar dari sini. Bila bomba sana bagi isyarat boleh jalan, kami terus bergerak keluar.

“Tak mahu tunggu lama kerana takut terkandas lagi dua tiga hari kerana ada yang kata banjir ini mungkin sampai Selasa,” katanya ketika ditemui di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini, hari ini.

Katanya, dia bersyukur kerana selamat tiba di sini kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Menurutnya, dia dan rakan-rakan yang bekerja di sebuah hotel di Langkawi bercuti di Hatyai sejak Jumaat lalu.

“Dua malam di sana (Hatyai), tiada bekalan elektrik dan air bila keadaan banjir semakin buruk.

“Saya terpaksa redah banjir untuk pergi beli air minuman dan mi segera di kedai berhampiran untuk jadikan bekalan,” ujarnya.

Katanya, dia sedih kerana tidak dapat membantu rakyat Malaysia yang terkandas di sana.

“Kami dapat maklumat ada yang terputus bekalan makanan, susu bayi habis. Saya tidak berdaya nak bantu kerana air sangat dalam, ada sehingga paras dada,” jelasnya.

Ujarnya, kejadian itu memberi pengajaran kepadanya supaya memeriksa ramalan cuaca terlebih dahulu sebelum pergi ke sesuatu tempat terutama ke luar negara.

Sementara itu, rakannya, Nurfarah Amalina Abd. Aziz, 33, berkata, banjir di tempat penginapannya tidak seteruk kawasan lain.

“Air kena jimat sebab waktu itu hanya ada air tangki sahaja. Bekalan elektrik diputuskan dan kami hanya bergantung kepada cahaya lampu jalan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI