fbpx
Sebahagian daripada penunggang motosikal yang diperiksa dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di KM263 Lebuh Raya SPDH, malam tadi. Foto IHSAN PDRM

Aksi ‘Superman’ di lebuh raya berakhir di lokap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Aksi ‘Superman’ empat lelaki menunggang motosikal secara berbahaya di lebuh raya malam tadi membawa padah apabila mereka ditahan dalam operasi bersepadu Samseng Jalanan di Kilometer (KM) 263, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dan Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH).

Dalam kejadian pukul 11.40 malam itu, mereka yang berusia 19 hingga 26 tahun menunggang motosikal dengan kaki diluruskan ke belakang sambil berlumba sejauh lima kilometer dari Plaza Tol Port Dickson hingga ke Ainsdale.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim, mereka yang ditahan dibawa bersama kenderaan masing-masing ke pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seremban untuk tindakan lanjut.

Dalam operasi sama, Azahar berkata, seramai 389 individu diperiksa dan tujuh motosikal telah disita.

“Sebanyak 114 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya dengan kesalahan tertinggi dikesan adalah nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan iaitu sebanyak 22 saman,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN