PETALING JAYA – Seorang lelaki tetap memandu kenderaannya walaupun bahagian tayar belakang telah pecah dan hanya bergerak menggunakan rim sahaja.
Kejadian yang berlaku di ibu kota itu menyaksikan seorang pemandu bersama dua lagi temannya memandu SUV mewah dengan hanya menggunakan tiga roda bertayar lengkap.
Menerusi satu klip video tular, pengguna jalan raya lain terutamanya penunggang motosikal telah memberi amaran kepada pemandu tersebut, namun tidak diendahkan.
Jelas pemandu tersebut, laluannya hanya berdekatan sahaja, namun orang ramai bimbang jika berlaku perkara yang tidak diingini.
“Dah tak boleh jalan ni, keluar api dah. Berhenti, bahaya untuk pengguna lain. Dari tadi lagi orang suruh berhenti,” kata seorang penunggang.
“Bahaya ni, tak kira la dekat atau jauh. Kalau kau tak kena orang lain yang kena. Fikir orang sikit. Kau mabuk ke?” celah seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE
@mba_218 #pdrmmalaysia ♬ original sound – mba_218














