fbpx
Keadaan beberapa gerai makanan terkenal berhampiran kawasan UMK kampus Kota ditutup hari ini.

[VIDEO] Air melimpah di UMK Kota, gerai makan popular terpaksa tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PETALING JAYA – Beberapa gerai makan terkenal berhampiran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota terpaksa menutup operasi hari ini selepas kawasan itu dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi.

Tular di TikTok, video menunjukkan air setinggi paras betis melimpah ke jalan utama berhampiran kampus, menyebabkan pelajar dan orang ramai terpaksa meredah air untuk melalui kawasan berkenaan.

Hujan lebat menyebabkan limpahan air menutupi laluan masuk UMK Kota, sekali gus menjejaskan perniagaan peniaga kecil yang kebiasaannya menjadi tumpuan pelajar terutama pada waktu tengah hari dan petang.

“Kesian peniaga, ramai terpaksa tutup awal hari ini,” kata seorang pelajar dalam video yang kini menarik perhatian netizen.

Tinjauan menerusi rakaman itu turut menunjukkan beberapa premis makanan popular di kawasan tersebut tidak dapat beroperasi berikutan keadaan air yang semakin naik dan risiko keselamatan.

Orang ramai melahirkan rasa simpati terhadap peniaga kecil yang mengalami kerugian mendadak, selain berharap cuaca kembali pulih bagi membolehkan operasi perniagaan berjalan seperti biasa.- KOSMO! ONLINE

@mf.rzli Air dh mula naik di kawasan UMK Kampus Kota. 22 Nov 2025 pukul 4.00ptg. Buat sementara operasi FAFA John Leleh tutup yaa. Moga tiada apa yang serius akan berlaku dan air cepat surut. Aamin ya rabb. #banjir #kelantan #umk #fyp #2025 ♬ Камин – DR3AM7NG

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI