fbpx
Tuanku Syed Faizuddin (enam dari kiri) berkenan bergambar bersama Mustapa (lima dari kiri) pada Istiadat Konvokesyen 20 UniMAP di Arau, Perlis. Foto oleh IZLIZAN OTHMAN / KOSMO!

Tok Pa terima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan UniMAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ARAU – Datuk Seri Mustapa Mohamed menerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan menerusi sidang pertama Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kali ke-20, hari ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Canselor UniMAP berkenan menyampaikan ijazah itu kepada Mustapa, 75, atau lebih mesra disapa sebagai Tok Pa.

Sebagai rekod, Mustapha dilahirkan pada 25 September 1950 dan merupakan anak jati Bachok, Kelantan dengan mendapat pendidikan awal di Goverment English School (GES) Bachok.
Selepas menamatkan tingkatan enam dengan cemerlang, beliau melanjutkan pengajian ke University of Melbourne, Australia dan University of Boston, Amerika Syarikat.

Bapa kepada empat anak itu memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Institut Tadbiran Awam Negara pada 1982-1984 sebelum kembali ke Kementerian Kewangan di bawah kepimpinan Tun Daim Zainuddin.

Beliau juga pernah diberikan tanggungjawab mengurus hal ekonomi dan kewangan yang merupakan bidang tidak asing baginya dan kemudian turut menjadi nadi dalam kerjayanya.

Sepanjang perkhidmatan, beliau pernah menjawat beberapa jawatan penting seperti Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menteri Pengajian Tinggi, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi). Dalam arena politik, beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Jeli, Majlis Tertinggi UMNO dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu). – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN