fbpx
Keadaan banjir di wilayah Hatyai susulan hujan lebat ketika ini. Foto FACEBOOK HELLO HATYAI DANNOK

Tangguh dahulu percutian ke Selatan Thailand, Hatyai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SONGKHLA, THAILAND – Rakyat Malaysia dinasihat menangguhkan dahulu perjalanan ke Selatan Thailand termasuk Hatyai susulan keadaan hujan dan banjir yang semakin memburuk di beberapa kawasan ketika ini.

Konsul General Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata, hujan lebat sejak semasa menyebabkan ada rakyat Malaysia yang terkandas di beberapa hotel di sekitar Hatyai.

Katanya, pihak Konsulat Malaysia ketika ini giat memantau keadaan hujan dan banjir di semua wilayah di Selatan Thai.
“Daripada maklumat diterima, tidak ramai rakyat Malaysia yang masuk ke Thailand melalui semua pintu sempadan darat sejak Jumaat lalu.

“Mungkin mereka telah tahu atau memantau keadaan cuaca. Tempoh pertengahan November hingga akhir Disember, kawasan Selatan Thai akan menerima hujan lebat dan banjir. Oleh itu kurang rakyat Malaysia yang masuk ke Thailand sekarang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, beberapa kawasan tumpuan rakyat Malaysia di Hatyai di sini dinaiki air sejak malam tadi berikutan hujan lebat berterusan yang melanda wilayah Songkhla sejak dua hari lalu.

Lokasi terkesan antaranya di Kim Yong Market, Lee Garden Plaza dan jajaran jalan utama menuju ke Central Hat Yai yang sering menjadi persinggahan pelancong dari Malaysia.

Paras air di beberapa kawasan dilaporkan mencecah paras lutut orang dewasa atau 0.5 meter, sekali gus menjejaskan operasi perniagaan serta pergerakan kenderaan.

Terdahulu, Gabenor Songkhla, Ratthasart Chidchoo berkata, selain daerah Hatyai, kawasan lain yang dinaiki air ialah daerah Rattaphum, Muang Songkhla, Khlong Hoi Khong, Ranot, Krasae Sin dan Sathing Phra. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN