fbpx
Jamaliah (duduk tengah) bersama peserta yang menyertai Integrity Race LUAS di Taman Botani Negara, Shah Alam, hari ini. Foto oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS / KOSMO!

Selangor mula vaksin influenza dalam dua minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Murid sekolah di bawah usia lapan tahun di Selangor dijangka mula menerima vaksin influenza percuma selewat-lewatnya dua minggu lagi.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, perbincangan masih dilakukan bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sebelum pasukan kesihatan dibenarkan memasuki sekolah.

“Kami masih berurusan dengan JPN Selangor. Kami jangka dalam tempoh seminggu, dua minggu lagi kami dapat masuk ke sekolah (untuk beri vaksin influenza). Kalau dapat masuk sekolah, kita akan ke sekolah Pendidikan Khas dahulu kerana OKU (Orang Kurang Upaya) mempunyai risiko tinggi dijangkiti influenza,” katanya selepas menghadiri program Integrity Race anjuran Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di sini, hari ini.

Menurut Jamaliah, kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta untuk program itu yang menyasarkan lebih 12,000 murid bawah lapan tahun menerima vaksin influenza secara percuma. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI