fbpx
Keadaan banjir di Hatyai selepas hujan lebat berterusan berlaku sejak semalam. - Foto IHSAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL

Rakyat Malaysia terkandas di Hatyai hubungi nombor konsulat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Mana-mana rakyat Malaysia yang terkandas di selatan Thailand termasuk Hatyai susulan bencana banjir boleh menghubungi pegawai bertugas di Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla menerusi talian +6681-9901930 untuk mendapatkan bantuan konsular.

Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dalam satu kenyataan berkata, rakyat Malaysia terkandas juga boleh menghubungi konsulat menerusi emel [email protected].

“Pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla ingin menasihatkan agar semua rakyat Malaysia yang berhasrat untuk melancong atau melawat selatan Thailand menangguhkan dulu perancangan mereka.
“Ia ekoran cuaca buruk dengan hujan lebat berterusan ketika ini serta banjir yang sedang melanda dikebanyakkan kawasan di selatan Thailand,” katanya hari ini.

Katanya, rakyat Malaysia yang berada di selatan Thailand dinasihatkan supaya peka dengan keadaan cuaca, mengikuti pengumuman selain berita dan nasihat daripada pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa.

“Bagi yang memerlukan bantuan konsular, nombor pegawai bertugas yang boleh dihubungi ialah +6681-9901930 dan emel [email protected],” katanya.

Terdahulu, ramai rakyat Malaysia membuat hantaran di laman media sosial selepas dilaporkan terkandas di Hatyai ekoran banjir yang melanda kawasan berkenaan.

Selain itu, menurut sumber di Kementerian Luar, pihak kedutaan kini sedang berusaha menghubungi rakyat Malaysia yang tidak mendaftar keberadaan mereka.

“Kami juga telah meminta mereka untuk mengemas kini media sosial dengan butiran untuk dihubungi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN