fbpx
Karya The Dream (The Bed) itu dijual salam satu acara lelongan di negeri New York. - Getty Images. 

Potret wanita bersama rangka dililit dinamit dijual RM226 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDAR RAYA NEW YORK – Sekeping potret dilukis artis seni kelahiran Mexico, Frida Kahlo mencatatkan harga AS$54.7 juta (RM226 juta) dalam satu acara lelongan di negeri New York, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). 

Dinamakan El sueño (La cama) atau The Dream (The Bed), karya itu dilukis oleh mendiang dalam tahun 1940-an selepas bekas kekasihnya dibunuh. 

Ia juga merupakan tahun di mana dia berkahwin semula dengan Diego Rivera selepas bercerai setahun sebelumnya. 

The Dream (The Bed) menggambarkan Kahlo berbaring di atas katil dengan rangka manusia memegang sejambak bunga kering dan dililit dinamit, berada di atasnya. 

Jualan tersebut mencatatkan rekod baharu karya seni paling mahal oleh artis seni wanita selepas ‘perang’ bidaan sengit antara dua pembida, demikian menurut firma lelongan Sotheby’s. 

“Pencapaian ini menunjukkan sejauh mana kami melangkah, bukan sahaja dalam menghargai kepintaran Kahlo, malah dalam pengiktirafan artis seni wanita di peringkat tertinggi pasaran,” kata Sotheby’s. 

Harga tertinggi lelongan karya seni oleh wanita sebelum ini milik pelukis Amerika Syarikat, Georgia O’Keeffe menerusi lukisan berjudul Jimson Weed/White Flower No.1 yang mencatatkan  harga AS$44 juta (RM183 juta) pada 2014. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI