fbpx
Tangkap layar insiden pergaduhan berlaku antara mangsa dan dua lelaki yang dikenali dalam kejadian berlaku di tepi jalan berhampiran Kemayan Square, malam semalam.

Polis giat kesan dua lelaki, insiden pukul guna topi keledar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang dipercayai memukul seorang mangsa menggunakan topi keledar dalam kejadian di tepi jalan berhampiran Kemayan Square di sini malam semalam.

Kejadian dipercayai sekitar pukul 9 malam tersebut tular apabila video berdurasi 4 minit 34 saat memaparkan sekumpulan individu bergaduh sehingga menyebabkan kecederaan kepada mangsa tersebar di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, teman wanita mangsa membuat laporan polis pada pukul 12.39 tengah hari dan mangsa dibawa ke Hospital UCSI Port Dickson untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Kedua-dua suspek dalam lingkungan usia 30-an telah dikenal pasti. Punca kejadian adalah perselisihan faham. Usaha mengesan sedang dijalankan. Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera,” katanya ketika dihubungi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI