fbpx
Steven Sim hadir pada Festival Mega iLINDUNGu di Evoke, Bukit Mertajam, hari ini. - Foto oleh DANIAL SAAD

Malaysia tegas banteras eksploitasi pekerja asing, tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Kementerian Sumber Manusia menegaskan komitmen Malaysia dalam membanteras eksploitasi pekerja tanpa mengira warganegara.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, penguatkuasaan undang-undang perburuhan dilakukan secara tegas bagi memastikan semua pekerja, baik tempatan mahupun asing, menerima perlindungan sewajarnya.

“Kita sangat tegas dalam aspek undang-undang perburuhan. Malaysia akan memastikan eksploitasi pekerja tidak berlaku, tidak kira pekerja tempatan atau pekerja asing,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan jelajah mesra di Festival Mega iLINDUNGu di Bukit Mertajam di sini, hari ini.

Mengulas berhubung dakwaan penahanan pasport, Steven berkata perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Imigresen Malaysia, namun dasar kerajaan kekal tegas tanpa sebarang kompromi.

“Isu pasport ini sebenarnya sudah lama, dan pendirian kita jelas. Ia berada di bawah Imigresen, tetapi saya yakin rakan-rakan di Kementerian Dalam Negeri berkongsi komitmen sama dengan Kementerian Sumber Manusia, tiada kompromi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN