KALAU sebut nama Liza Abdullah, memang watak Mak Leha dalam drama 7 Hari Mencintaimu terbayang dalam kotak fikiran ramai.
Terbaharu, dia kembali membuatkan darah rakyat Malaysia mendidih dengan watak terbaharunya sebagai Che Yam iaitu ibu yang tidak merestui perkahwinan anak lelakinya.
Dalam drama tersebut, Liza menghidangkan lakonan yang membuatkan penonton tidak senang duduk dan membencinya terutama ketika dia memarahi dua menantunya lakonan Izara Aisyah dan Syad Mutalib.
“Belum tengok pun sudah sakit hati. Mak Leha is back tetapi kali ini jadi ibu mertua dibenci.
“Kalau ada Liza Abdullah, memang kena tengok. Semoga bacaan darah rakyat Malaysia yang tonton drama ini stabil,” komen netizen.
Drama yang turut dibintangi Remy Ishak, Syazwan Zulkifli, Zara Zya dan Ieda Moin itu mula bersiaran pada 19 November lalu menerusi slot Akasia TV3.















