fbpx
KAPTEN Selangor, Faisal Halim diasak pemain Kelantan The Red Warriors pada perlawanan Liga Super 2025/2026, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini hari ini. Foto SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

Liga Super: Selangor FC, Kuching City ‘langkah kanan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Selangor FC enggan berputus asa dalam misi meraih tiket ke kejohanan Asia tahun depan selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Kelantan The Real Warriors (TRW) pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, skuad Gergasi Merah mendapat gol pembukaan selepas hasil penyudah kemas Alvin Fortes berjaya menewaskan penjaga gol pelawat, Damyanov Damyan Valeriy pada minit ke-20.

Pasukan tuan rumah mengeshakan kemenangan apabila meraih gol kedua dengan kini giliran Chrigor Moraes mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-53 menerusi situasi set piece.

Nasib Kelantan TRW bertambah malang apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Abdul Sesay dilayangkan kad merah susulan kekasaran yang dilakukan ke atas pertahanan Selangor FC, Harith Haiqal pada minit ke-58.

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Christophe Gamel melonjak ke tangga keempat Liga Super dengan 16 mata, empat mata ketinggalan di belakang Kuching City FC dan KL City FC dengan 20 mata.

Sementara itu, di Stadium Negeri, Sarawak, Kuching City turut berjaya menewaskan Brunei DPMM FC 1-0 Ramadhan Saifullah Usman untuk kekal ditangga kedua liga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI