fbpx
Anggota bomba memadam api suslan kebakaran sebuah bilik di sebuah rumah kedai satu tingkat di Jalan Kukup, Pontian, malam tadi.

Lelaki melecur tangan, bilik kedai terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Seorang lelaki cedera apabila tempat tinggalnya di sebuah bilik kedai satu tingkat di Jalan Kukup, di sini terbakar pada malam tadi.

Komonder Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru, Mahadir Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.06 sebelum sebuah jentera bersama 11 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Bilik tersebut yang dijadikan tempat tinggal telah musnah sebanyak 50 peratus dan api berjaya dipadam sepenuhnya pada kira-kira pukul 12.59 malam.
“Mangsa yang berusia 51 tahun itu pula dikatakan melecur pada bahagian tangan kanan dan kiri, dihantar ke Hospital Pontian oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.

Tambahnya, operasi tamat sepenuhnya pada pukul 2 pagi.

Katanya, mangsa yang cedera merupakan pekerja dan pemandu sebuah syarikat pelancongan dan tinggal bersendirian di bilik tersebut.

Difahamkan, jumlah kerugian dan punca sebenar kejadian bagaimanapun masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN