fbpx
Cermin hadapan kereta yang berlubang selepas ditimpa seekor kucing. - Peronda Lebuh Raya Carolina Selatan. 

Kucing jatuh dari langit hempap kereta wanita 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SWAIN, CAROLINA SELATAN – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila seekor kucing jatuh menimpa cermin keretanya semasa dia memandu di sebuah lebuh raya di negeri Carolina Selatan, lapor akhbar Mirror UK. 

Kejadian berlaku di Lebuh Raya Laluan 74, daerah Swain baru-baru ini. 

Wanita itu berkata, seekor burung helang menggugurkan kucing tersebut ketika dia melalui lebuh raya berkenaan, menyebabkan cermin hadapan keretanya pecah dan berlubang. 

“Saya memandu pada kelajuan 88.51 kilometer sejam semasa kejadian. Saya segera memberhentikan kereta dan menghubungi perkhidmatan kecemasan,” katanya. 

Kucing itu ditemukan mati di tepi jalan, manakala wanita berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Seorang saksi memberitahu akhbar Charlotte Observer bahawa dia melihat kucing itu sedang ‘bertarung’ dengan burung helang di ruang udara  sebelum terjatuh. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN