fbpx
Kamarudin (tengah) bersama penggerak pertandingan Bola Sepak Monsun Cup di Pantai Bisikan Bayu Semerak, Pasir Puteh hari ini. Foto oleh TOREK SULONG / KOSMO!

Kelantan promosi sektor pelancongan di televisyen China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Kerajaan negeri Kelantan bakal melangkah lebih jauh dalam mempromosikan sektor pelancongannya apabila bersetuju mengambil slot siaran khas (air time) di Hunan TV, sebuah rangkaian televisyen popular di China, sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, inisiatif itu menonjolkan pelbagai sudut menarik negeri ini termasuk travelog, makanan, kebudayaan dan keindahan seni bina Islam melalui masjid-masjid ikonik.

Menurutnya, pelakon terkenal dari Hunan juga diterbangkan ke Kelantan bagi menjalani penggambaran melibatkan destinasi pelancongan, keunikan makanan tempatan serta budaya Melayu yang kaya dengan elemen seni mempertahankan diri seperti silat.
“Orang China sangat minat kandungan berunsur ‘adventure’ dan makanan. Jadi, kita cadangkan dua slot utama menerusi Tourism Information Centre (TIC) yang menampilkan aktiviti mencabar, kulinari, keharmonian kaum serta keselamatan sosial di negeri ini.

“Selain kerajaan negeri, kita turut menerima komitmen penajaan daripada anak-anak Kelantan yang berjaya bagi membantu menampung kos penerbitan,” katanya ketika ditemui pada Program Tahunan Bola Sepak Lima Sebelah Monson Cup di Pantai Bisikan Bayu, Semerak, di sini hari ini.

Kamarudin memberitahu, naratif dokumentari tersebut menggunakan bahasa Mandarin sepenuhnya bagi memastikan penyampaian lebih dekat dengan penonton sasaran di China.

Mengulas mengenai kesediaan negeri ini menerima pelancong luar, beliau berkata, Kelantan memiliki beberapa hotel bertaraf empat bintang dengan anggaran lebih 600 bilik, mencukupi untuk menampung kemasukan pelancong dari negara berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI