fbpx
JUN HAO tidak berada pada tahap terbaik ketika ini, namun diletakkan harapan untuk melakukan kejutan membawa pulang pingat.

Jonassen ambil pendekatan realistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGARAH Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Kenneth Jonassen, mengambil pendekatan realistik terhadap peluang pemain negara untuk membawa pulang pingat di Sukan SEA Thailand yang bakal membuka tirai bulan depan.

Menurut pengendali dari Denmark itu, kedudukan ranking semasa, khususnya bagi perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao dan Justin Jao, meletakkan Malaysia bukan dalam kelompok pilihan utama kejohanan.

Walaupun mengharapkan pingat daripada dua pemain itu, Jonassen secara terbuka mengakui kedudukan ranking mereka ketika ini masih belum cukup kukuh berbanding pencabar utama dari Asia Tenggara.

“Pertama sekali, kita perlu ingat bahawa mereka bukan dalam kelompok empat terbaik. Itu bermakna untuk mencabar pingat, mereka perlu menewaskan salah seorang daripada empat pemain paling tinggi ranking dalam kejohanan itu,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, semalam.

Thailand selaku tuan rumah dijangka menjadi pencabar utama memastikan pingat emas dituai di laman sendiri apabila menurunkan juara dunia 2023 yang kini menghuni ranking No. 3 dunia, Kunlavut Vitidsarn.

Mengulas senarai pemain pilihan itu, Jonassen menegaskan realiti ranking semasa bermakna pemain negara harus mencipta kejutan besar jika mahu melangkah ke podium.

“Sebelum saya meletakkan sebarang jangkaan, saya mahu melihat undian terlebih dahulu. Sudah tentu saya mahukan pingat, tetapi pada masa yang sama saya perlu realistik.

“Jika untuk meraih pingat itu kita perlu menewaskan juara dunia 2023 (Kunlavut), ia pastinya satu tugas yang sukar. Jadi, saya mahu berlaku adil kepada semua,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI